Giliran Matsuyama tidak sertai Olimpik Rio

Giliran Matsuyama tidak sertai Olimpik Rio

SYDNEY, 4 Julai – Hideki Matsuyama menambah namanya kepada senarai pemain golf yang akan menarik diri daripada Sukan Olimpik di Brazil berikutan dengan kebimbangan virus Zika yang semakin meningkat.

Bintang Jepun berusia 24 tahun itu adalah pemain keenam menduduki tempat 20 teratas untuk menarik diri. Keputusan beliau muncul lima hari selepas pemain nombor satu dunia, Jason Day ditarik keluar dan hampir dua minggu selepas Ireland Utara, Rory McIlroy berkata dia tidak akan menyertai Olimpik Rio yang bermula pada 5 Ogos.

“Saya tidak boleh 100 peratus pasti tentang keselamatan saya, dan keselamatan pasukan saya, dari virus Zika,” kata Matsuyama dalam satu kenyataan.

Matsuyama, yang mencatatkan kerjaya kemenangan keduanya pada jelajah USPGA awal tahun ini, bertanding pada pusingan akhir 67 bagi menyempurnakan tie untuk ke-42 di WGC-Bridgestone Invitational pada hari Ahad.

Gambar fail yang diambil pada 10 April 2016 menunjukkan Matsuyama ketika beraksi pada pusingan empat kejohanan golf Masters ke-80 di Kelab Golf Augusta National di Augusta, Georgia. Matsuyama menambah namanya kepada senarai pemain golf yang akan menarik diri daripada Sukan Olimpik di Brazil berikutan dengan kebimbangan virus Zika yang semakin meningkat. - AFP
Gambar fail yang diambil pada 10 April 2016 menunjukkan Matsuyama ketika beraksi pada pusingan empat kejohanan golf Masters ke-80 di Kelab Golf Augusta National di Augusta, Georgia. Matsuyama menambah namanya kepada senarai pemain golf yang akan menarik diri daripada Sukan Olimpik di Brazil berikutan dengan kebimbangan virus Zika yang semakin meningkat. – AFP

“Walaupun saya teruja golf kini akan kembali dipertandingkan dalam Sukan Olimpik dan saya menyedari bahawa potensi kejayaan saya akan membantu mengembangkan permainan di Jepun, saya telah membuat keputusan bahawa saya tidak boleh meletakkan diri saya atau kesihatan ahli pasukan saya dengan sebarang risiko.

“Saya telah mendapat maklumat daripada semua pihak-pihak berkenaan dan juga doktor saya mengenai situasi di Rio.”

Kejohanan golf Olimpik lelaki akan diadakan dari 11 hingga 14 Ogos. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA