Giliran penduduk Temburong sambut Ustaz Don

Giliran penduduk Temburong sambut Ustaz Don

Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 10 Jun – Majlis Perhimpunan Khas Sempena Hari Keluarga ke-4 bagi Daerah Temburong, yang berlangsung di Dewan Belalong, Kompleks Dewan Kemasyarakatan Daerah Temburong, hari ini, telah dihadiri oleh lebih 500 orang.

Seperti di daerah-daerah lain, acara kemuncak perhimpunan di daerah ini ialah ceramah khas bertajuk ‘Keluarga Berwawasan’ yang disampaikan oleh penceramah terkenal dari Malaysia, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Dato Paduka Dr. Haji Affendy bin Pehin Orang Kaya Saiful Muluk Dato Seri Paduka Haji Abidin dan datin.

Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Awang Mohd Amir Hairil bin Haji Mahmud dan Pemangku Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, KKBS selaku Pengerusi Bersama Majlis Perhimpunan, Awang Mohd Hussaini Abdullah.

Dato Paduka Dr. Haji Affendy bersama para tetamu yang lain ketika mendengarkan ceramah di majlis Hari Keluarga di Dewan Belalong.
Dato Paduka Dr. Haji Affendy bersama para tetamu yang lain ketika mendengarkan ceramah di majlis Hari Keluarga di Dewan Belalong.
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (kanan) sebelum menyampaikan ceramah beliau sempena Hari Keluarga Kebangsaan 2015.
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (kanan) sebelum menyampaikan ceramah beliau sempena Hari Keluarga Kebangsaan 2015.
Antara para pegawai dan kakitangan kerajaan bersama para pelajar yang menghadiri ceramah khas itu di Dewan Belalong.
Antara para pegawai dan kakitangan kerajaan bersama para pelajar yang menghadiri ceramah khas itu di Dewan Belalong.

Perhimpunan ini merupakan kesinambungan dan bagi memeriahkan lagi Sambutan Hari Keluarga Kebangsaan ke-4 Tahun 2015 yang berlangsung pada 2 dan 3 Mei yang lalu.

Ia antara lain berobjektif bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kepentingan hidup berkeluarga dalam menanai betapa pentingnya institusi kekeluargaan dalam pembangunan masyarakat di samping menggalakkan masyarakat khususnya keluarga di negara ini untuk membina keluarga bahagia dan harmoni, kukuh dan berdaya tahan.

ARTIKEL YANG SAMA