Giliran Swansea benam Arsenal 2-1

Giliran Swansea benam Arsenal 2-1

LONDON, 3 Mac (AFP) – Arsenal akan beraksi tanpa penjaga, Petr Cech dan pemain pertahanan, Laurent Koscielny bagi kunjungan Sabtu ini ke Tottenham Hotspur, pengurus pasukan, Arsene Wenger mendedahkan selepas kekalahan semalam 2-1 kepada Swansea City.

“Cech mengalami masalah otot di akhir perlawanan,’ kata Wenger. “Dia tidak akan beraksi pada Sabtu ini. Saya mempunyai kepercayaan penuh terhadap (David) Osopina.”

Mengenai Koscielny, tambahnya, “Dia mengalami masalah kaki. Dia juga tidak akan beraksi pada Sabtu ini.”

Kecederaan berganda itu sudah pasti menjejaskan Wenger selepas keputusan itu yang menyaksikan Arsenal ketinggalan enam mata dari pendahulu Liga Perdana, Leicester City di tangga ketiga.

Ia adalah kekalahan ketiga Arsenal berturut–turut, selepas kekalahan sebelumnya di tangan Barcelona dan Manchester United, dan menyaksikan mereka diejek oleh peminat sendiri di Stadium Emirates.

Ashley meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang Arsenal untuk gol kedua mereka di Stadium Emirates dalam perlawanan Liga Perdana kelmarin. – Reuters
Ashley meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang Arsenal untuk gol kedua mereka di Stadium Emirates dalam perlawanan Liga Perdana kelmarin. – Reuters

WayneRoutledge membatalkan jaringan pembukaan Joel Campbell bagi Arsenal sebelum Ashley Williams menyudahkan jaringan kemenangan pada minit ke-74.

“Ia adalah kekalahan yang tidak bernasib baik kerana kami mencipta banyak peluang dan kami kurang bernasib baik dalam menyudahkannya,” kata Wenger, yang pasukannya menggegarkan tiang gol tiga kali.

“Dua jaringan dalam sasaran yang mereka catatkan dalam keseluruhan perlawanan. Ia adalah keputusan yang mengecewakan dan pemain merasa kecewa. Kami perlu memberikan respons.

“Ia seperti isu keyakinan. Kami perlu fokus ke atas tugasan kami dan kembali bangkit, mengingatkan diri kami bahawa kami mempunyai kualiti. Menilainya dengan baik dan kembali bangkit. Kami mempunyai perlawanan besar dalam tempoh tiga hari.

“Pada ketika ini, saya lebih bimbang mengenai keputusan kami (berbanding perebutan gelaran). Kami hanya tewas tiga perlawanan dan ia selalunya masa yang sukar bagi pasukan.

“Pada ketika ini kami tidak bermimpi, kami sedar. Kami perlu bangkit untuk melakukan yang terbaik dan melakukan yang asas.”

ARTIKEL YANG SAMA