Gill bakal beraksi di Perancis

Gill bakal beraksi di Perancis

MELBOURNE, 10 Feb – Pemain flanker Wallabies, Liam Gill menuju ke luar negara untuk beraksi di Perancis pada akhir musim Super Ragbi bagi pasukan Queensland Reds dan ragbi Australia.

Pemain itu, 23, dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Top 14, Tolulon, setelah berada di bahagian pertahanan Australia selama dua tahun yang digantikan David Pocock, Michael Hooper dan Sean O’Brien.

Kecemerlangan bagi Reds tahun lepas adalah musim yang kelam, Gill akan menyertai Wallabies Qaude Cooper, Matt Gitrau, Drew Mitchell dan James O’Connor bersama pasukan dari Perancis yang dimiliki oleh taikun buku komik, Mourad Boudjellal.

Dengan Gill, yang mencatatkan kap 15 kali bagi Wallabies bermula 2012-2013, tidak mempunyai kontrak dan kenaikan gaji kepada pemain–pemain Wallabies, Reds mengakui mereka tidak dapat bersaing di meja perundingan.

‘Dia memiliki aspirasi antarabangsa tetapi beraksi dalam kedudukan di mana Australia memiliki laluan signifikan dan dia merasakan dia akan memiliki peluang Wallaby yang terhad,” kata pengurus besar Daniel Herbert dalam kenyataan.

“Sementara itu kami kecewa melihatnya pergi, terdapat batasan kepada apa yang kami mampu lakukan sekarang jika pemain mahu berminat di luar negara sementara dalam kedudukan teratas Wallabies.” – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA