Giniee tingkat pendapatan media 69 peratus

Giniee tingkat pendapatan media 69 peratus

TOKYO, 8 Ogos – Geniee, Inc. mengumumkan bahawa ia telah memeterai satu kontrak pelaburan dengan AdPushup, Inc., sebuah pembekal produk pengoptimuman pendapatan pengiklanan yang disasarkan kepada penerbit web dan syarikat-syarikat media dalam talian di seluruh dunia.

Tujuan pelaburan itu Pelaburan ini bertujuan untuk mengintegrasikan penyelesaian Geniee, yang direka untuk memaksimumkan pendapatan pengiklanan bagi penerbit media Internet, dengan keupayaan pengoptimuman pendapatan berasaskan paparan AdPushup, dan menyediakan perkhidmatan yang digabungkan kepada pengguna di Jepun dan Asia Tenggara di mana Geniee SSP (“Platform Bahagian Penawaran”) digunakan.

Ini dijangka akan meningkatkan lagi pendapatan pengiklanan paparan bagi penerbit di rantau itu. Syarikat-syarikat itu juga merancang untuk mengembangkan perniagaan di India dan Amerika Syarikat dengan menyediakan Geniee SSP kepada AdPushup, yang mengendalikan urus niaga dengan lebih 400 buah syarikat media Internet yang terletak terutamanya di negara-negara berkenaan.

Ditubuhkan di Amerika Syarikat pada tahun 2014, AdPushup adalah sebuah syarikat teknologi pengiklanan yang pesat berkembang yang menyediakan sebuah produk, yang membantu mengoptimumkan pendapatan daripada paparan iklan di Internet.

Produk pengoptimuman pendapatan iklan itu yang disepadukan di dalam gabungan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pendapatan paparan iklan dengan menggunakan mesin pengoptimum susun atur, saiz dan jenis iklan. – Bernama