Giovinco Pemain Paling Bernilai MLS

Giovinco Pemain Paling Bernilai MLS

NEW YORK, 3 Dis (AFP) – Penyerang Itali, Sebastian Giovinco yang juga bekas penyerang bintang Juventus dinamakan Pemain Paling Bernilai 2015 dalam saingan Liga Bola Sepak Major Amerika (MLS).

Giovinco pada musim ini meledak 22 gol untuk kelabnya, Toronto pada musim pertamanya bersama pasukan dari Kanada itu yang berjaya membuat penampilan sulung pada aksi play-off MLS.

Jumlah gol yang diledakkan penyerang berusia 28 tahun itu menyaksikannya dinobatkan penjaring gol terbanyak bersama dalam kempen MLS sekali gus memenangi anugerah But Emas MLS selain perancang gol terbanyak dengan 16 gerakan.

Sebastian Giovinco dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai MLS 2015. – Agensi
Sebastian Giovinco dinamakan sebagai Pemain Paling Bernilai MLS 2015. – Agensi

Giovinco turut merangkul anugerah Pendatang Baharu Terbaik dan turut tersenarai dalam senarai 11 pemain skuad bintang Liga Amerika Utara.

Di Itali, Giovinco meledak sejumlah 42 gol sepanjang kempen Serie A bersama Juventus, Empoli dan Parma.

Begitupun, gol tunggal buat Itali pada kempen antarabangsa adalah ketika bertemu Jepun pada Piala Konfederasi FIFA 2013 yang menyaksikan Itali menang 4-3.

ARTIKEL YANG SAMA