Giring bereha...

Giring berehat dari Nidji

VOKALIS kumpulan Nidji menafikan khabar angin dia sudah keluar daripada kumpulan berkenaan, sebaliknya memberitahu akan berehat daripada bidang nyanyian buat sementara waktu.

Penyanyi lagu Hapus Aku ini berkata, dia berhasrat untuk menyambung pengajiannya yang tertangguh 12 tahun lalu bagi memberi perhatian kepada kumpulan Nidji.

“Saya tidak meninggalkan Nidji cuma mengambil keputusan untuk berehat sementara sahaja. Saya mahu sambung pengajian semula.

Giring kini bahagia bersama isteri dan anaknya.
Giring kini bahagia bersama isteri dan anaknya.

“Saya sudah 15 tahun berada dalam industri dan meninggalkan pendidikan dalam masa yang lama. Pendidikan itu penting buat saya.

“Lagi pula pada usia ini saya mahu lebih banyak waktu bersama keluarga,” ujarnya.

Penyanyi itu mengambil keputusan untuk menyambung pengajiannya dalam bidang Hubungan Antarabangsa di Universiti Paramadina, Indonesia.