GKL A juara Piala GHK 2015

GKL A juara Piala GHK 2015

Oleh Sim Y. H.

 

TUTONG, 27 Sept – Pasukan GKL A berjaya menewaskan Pasukan GKL B, 87-82, dalam perlawanan akhir yang menarik dan penuh debaran untuk dinobatkan Johan Piala GHK 2015 dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Sekolah Menengah Chung Hua, Tutong, baru-baru ini.

Dalam kejohanan itu, Pasukan Kingston pula berjaya menewaskan Pasukan GHK Motors, 62-55 untuk merebut tempat ketiga dalam kejohanan bola keranjang tahunan berkenaan.

Hadir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang di dalam kejohanan itu ialah wakil GHK dan Naib Presiden Persatuan Bola Keranjang Brunei, Khoo Eng Cheong.

Kejohanan itu selain dari dihasratkan untuk meningkatkan kualiti dan kemahiran para pemain bola keranjang melalui acara pertandingan. Ia juga diharap dapat memberikan pendedahan mengenai sukan itu kepada pemain baru khususnya pemain-pemain muda tempatan.

Khoo menyampaikan hadiah kepada juara Piala GHK, GKL A.
Khoo menyampaikan hadiah kepada juara Piala GHK, GKL A.

ARTIKEL YANG SAMA