Gladbach perlu ‘nafas baru’

Gladbach perlu ‘nafas baru’

BERLIN, 11 Sept (AFP) – Borussia Moenchengladbach berusaha mengembalikan semula keyakinan yang membantu mereka menghuni tangga ketiga musim lalu apabila berdepan Hamburg SV awal pagi esok, ketika kelab yang layak ke Liga Juara-Juara itu mengalami permulaan terburuk bagi musim Bundesliga berikutan tiga kekalahan berturut-turut.

Gladbach, pasukan terbaik Bundesliga pada babak kedua musim lalu, masih belum meraih satu mata dengan anak buah Lucien Favre gagal bertindak cemerlang dan hanya menyumbat dua gol setakat ini serta benteng pertahanan dibolosi lapan kali dan menduduki tangga tercorot Bundesliga.

Jurulatih Switzerland itu sedar kembalinya daripada kecederaan pertahanan berpengalaman Martin Stranzl dan penyerang Andre Hahn, yang tampil sebagai pemain gantian ketika kalah 1-2 kepada Werder Bremen, amat dialu-alukan untuk menutup kelemahan di benteng selain mempertajamkan kemahiran jaringan mereka.

Hahn dan Stranzl, 35, yang tidak beraksi sejak Mac lalu berikutan kecederaan lutut, diperlukan untuk mengubah nasib mereka dalam liga selain kunjungan ke Sevilla bagi perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara minggu depan.

“Kami perlu meraih semula keyakinan dengan keputusan positif jadi kami dapat segera memadamkan tanggapan negatif,” kata pemain kebangsaan Austria, Stranzl, yang berharap dapat beraksi dalam kesebelasan utama awal pagi esok.

“Selepas Hamburg kami akan berdepan beberapa minggu sibuk, maka kami akan fokus satu perlawanan demi satu perlawanan.

ARTIKEL YANG SAMA