Gleneagles JPMC adakan Majlis Ramah Mesra Peserta Pemulihan Jantung

Gleneagles JPMC adakan Majlis Ramah Mesra Peserta Pemulihan Jantung

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Sept – Gleneagles JPMC, baru-baru ini telah mengadakan Majlis Ramah Mesra bersama Peserta Pemulihan Jantung Hospital Gleneagles JPMC yang berlangsung di Hotel Starlodge, Jerudong.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan kelmarin, Gleneagles JPMC menyatakan acara seumpamanya dapat memberi peluang kepada warga mereka untuk mengeratkan lagi silaturahim dan beramah mesra khususnya bersama peserta-peserta rehabilitasi jantung.

Gleneagles JPMC turut mengucapkan tahniah kepada semua para peserta program rehabilitasi jantung kerana ketekunan mereka menjalani program ini, begitu juga kepada ahli keluarga peserta yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada mereka.

Program rehabilitasi jantung memerlukan perubahan gaya hidup yang mungkin agak sukar atau mustahil pada permulaannya, namun dengan adanya program rehabilitasi yang mantap, ini dapat membantu proses perubahan.

Majlis Ramah Mesra bersama Peserta Pemulihan Jantung Hospital Gleneagles JPMC yang berlangsung di Hotel Starlodge, Jerudong, baru-baru ini.
Majlis Ramah Mesra bersama Peserta Pemulihan Jantung Hospital Gleneagles JPMC yang berlangsung di Hotel Starlodge, Jerudong, baru-baru ini.

Perubahan gaya hidup adalah sangat penting dan boleh memperbaiki kesihatan secara menyeluruh, menghindari masalah-masalah jantung pada masa yang akan datang bahkan masalah-masalah yang menyebabkan kematian.

Semua peserta juga diharapkan dapat meningkatkan prestasi, penglibatan dan memberikan kerjasama yang padu agar program rehabilitasi jantung ini akan menjadi lebih berkesan dan dapat membantu para pesakit yang lain.

Dengan melibatkan diri dalam program pemulihan jantung ini, mereka telah menunjukkan motivasi yang baik, usaha yang gigih dan menanamkan semangat untuk pulih dan kembali semula ke kehidupan yang normal.

Mereka juga dijadikan contoh inspirasi kepada pesakit jantung yang lain. Melihat seseorang betul-betul pulih daripada serangan jantung akan memberi keyakinan kepada diri sendiri, menurut kenyataan itu lagi.

ARTIKEL YANG SAMA