GM jangka warga AS rela beli kereta China

GM jangka warga AS rela beli kereta China

CHICAGO, 10 Jan (AFP) – General Motors akan membuat pertaruhan besar bahawa warga Amerika rela memandu sebuah kereta yang dibina di China apabila ia melancarkan Buick Envision pada malam ini.

Pengeluar kereta AS terbesar itu pastinya tidak berusaha untuk memperkenalkan kepada pasaran dalam masa terdekat: kenderaan utiliti sport terbaru Buick itu akan diperkenalkan pada satu parti besar sehari sebelum pameran kereta Detroit dalam harapan ia dapat memaksimumkan liputan media.

“Kami menjangka ia akan membawa kejayaan besar,” beritahu Molly Peck, pengarah pemasaran AS untuk Buick, kepada AFP.

“Ia menawarkan kesemua ciri-ciri dan kemudahan SUV mewah. Ia berkualiti, senyap dan menggunakan teknologi keselamatan canggih. Reka bentuknya sungguh cantik.

Bahagian dalamannya adalah hebat. Dan ia dijual dengan harga yang menawarkan nilai hebat.”

Bahagian atas menara kembar Pusat Renaissance, yang berfungsi sebagai ibu pejabat General Motors, dilapisi dengan imej kenderaan sebelum sidang akhbar di pertunjukkan automobil antarabangsa di Amerika Utara, Detroit. - Reuters
Bahagian atas menara kembar Pusat Renaissance, yang berfungsi sebagai ibu pejabat General Motors, dilapisi dengan imej kenderaan sebelum sidang akhbar di pertunjukkan automobil antarabangsa di Amerika Utara, Detroit. – Reuters

Keputusan GM untuk mengimport Envision dari China yang pertama untuk pengeluar kereta utama – telah mencetuskan kemarahan dan ia dijangka menjadi satu isu dalam kempen presiden 2016.

Kesatuan Pekerja Kereta Bersatu, yang telah melobi untuk membina Envision di Amerika Syarikat, menganggap keputusan untuk mengimportnya dari China sebagai ‘satu tamparan’ kepada pembayar cukai yang menjamin keluar GM daripada kemuflisan ekoran krisis kewangan 2008.

Calon Republikan yang disebut-sebut akan menang Donald Trump masih belum memperdekat isu berkenaan, tetapi beliau sering mengecam China kerana mencuri pekerjaan Amerika.

“Saya mengesyaki GM sedang bergantung pada produk itu untuk menyingkir Trump,” kata Harley Shaiken, profesor di Universiti California yang pakar dalam isu pekerja dan industri kereta. General Motors telah bersusah payah sejak ia cuba mengimport kenderaan dari sebuah negara membangun, Mexico, berdekad-dekad lalu dan ia mempunyai sistem untuk memastikan Envision buatan China menyaingi standard Ameirka dan global, kata Shaiken.

ARTIKEL YANG SAMA