Gnabry sertai Bremen

Gnabry sertai Bremen

BERLIN, 1 Sept – Pemain sayap Arsenal dari Jerman Serge Gnabry menyertai Werder Bremen kelmarin dalam usahanya untuk mendapatkan lebih banyak pengalaman bermain bersama pasukan utama sebelum jendela perpindahan Bundesliga ditutup.

Gnabry, yang memenangi pingat perak Sukan Olimpik Rio selepas Jerman tewas pada final kepada Brazil, melengkapkan ujian perubatan sebelum bergambar dengan jersi Bremen semasa diperkenalkan secara rasmi.

Tiada butiran tempoh kontrak telah diumumkan tetapi perpindahan itu dijangka memerlukan Bremen membelanjakan antara lima hingga enam juta euro.

Pemain Jerman Bawah-21 itu telah dibawa masuk sebagai sokongan kepada penyerang Max Kruse yang direhatkan untuk tempoh yang tidak diketahui kerana kecederaan lutut. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA