Gnocchi Festival di Villa Mauri

Gnocchi Festival di Villa Mauri

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Julai – Restoran Villa Mauri yang terletak di Jalan Muara telah kini menawarkan promosi terkininya, ‘Gnocchi Festival’ yang mengetengahkan hidangan berbentuk ladu dengan sos tersendiri di samping pelbagai hidangan utama.

Promosi yang bermula 11 Julai sehingga 10 Ogos ini antara lain mengetengahkan hidangan Gamberi & Merluzzo, Ragu’ Di Pollo & Petto, Pesto & Spigola, Magro & Agnello, Zucca & Gamberoni, Cartoccio & Salmone, Funghi & Filetto Di Manzo dan Salmone Affumicato & Stinco.

Cef Maurizio atau lebih dikenali dengan nama Cef Mauri menyatakan bahawa kesemua hidangan ini disediakan dengan lapan sos yang berbeza dan para pelanggan juga dapat menikmati hidangan ladu ini dengan sendirinya atau bersama hidangan utama yang ditetapkan.

Menurutnya lagi, bagi pelanggan yang mempunyai kad makan istimewa Villa Mauri boleh mendapat diskaun sebanyak 50 peratus sepanjang tempoh promosi dan restoran berkenaan dibuka bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 10 malam.

Hidangan Cartoccio & Salmone
Hidangan Cartoccio & Salmone

ARTIKEL YANG SAMA