Go-Kart meriahkan sambutan

Go-Kart meriahkan sambutan

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Sept – Bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-69 tahun, Persatuan Go-Kart Brunei Darussalam (BDKC) telah menganjurkan Kejohanan Go-Kart Brunei Darussalam ke-3 yang berlangsung di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas, hari ini.

Kejohanan disertai oleh 28 peserta yang mewakili Negara Brunei Darussalam, Miri, India dan Malaysia, dengan Haji Harith Aziz dari Brunei Darussalam menjuarai Kategori Veteran, Malcolm Meherji dari India juara Kategori Rookies dan Awang Mohd Diauddin bin Haji Daud juga dari Brunei Darussalam merangkul kejuaraan Kategori Senior.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman, yang turut merasmikan perlumbaan akhir dengan memandu kereta Go-Kart dua pusingan. Dalam perlumbaan sejauh 1.1 kilometer di kawasan Stadium Negara Hassanal Bolkiah itu para peserta perlu membuat 20 pusingan.

Datin Paduka Hajah Adina merasmikan perlumbaan dengan memandu Go-Kart dua pusingan di litar tersebut.
Datin Paduka Hajah Adina merasmikan perlumbaan dengan memandu Go-Kart dua pusingan di litar tersebut.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pemenang-pemenang perlumbaan Go-Kart itu.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama pemenang-pemenang perlumbaan Go-Kart itu.
Antara aksi ketika perlumbaan itu berlangsung.
Antara aksi ketika perlumbaan itu berlangsung.

Presiden BDKC, Awang Muhammad Yazid bin Yakub berkata kejohanan ini dapat membantu dalam pembangunan belia dan meningkatkan kesedaran dalam sukan perlumbaan bermotor.

Beliau juga menyampaikan penghargaan dan berharap lebih banyak sokongan daripada pihak tertentu termasuk Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan badan-badan Korporat.

ARTIKEL YANG SAMA