Goezte kembali ke Dortmund

Goezte kembali ke Dortmund

BERLIN, 2 Ogos – Pemenang Piala Dunia Jerman Mario Goetze menikmati aksi kembalinya dalam latihan pra-musim bersama Borussia Dortmund semalam buat kali pertama selepas tiga tahun tenggelam di Bayern Munich.

Disamping Andre Schuerrle dan Raphael Guerreiro yang baru ditandatangani, Goetze diberikan ujian kecergasan di Universiti Bochum oleh kakitangan bilik persalinan Borussia.

Trio tersebut menyertai enam pemain yang kembali dari percutian mereka selepas tugasan antaranangsa yang melibatkan Lukasz Piszczek dari Poland, Julian Weigl dan Park Joo-Ho dari Korea Selatan.

“Akhirnya, mari mulakannya,” tulis Goetze dalam akuan Twitter miliknya di bawah gambar bintang dari Jerman itu berada di atas treadmill.

Sesi latihan pertamanya bersama skuad Dortmund penuh diadakan esok dengan Borussia akan menghoskan bekas kelabnya, Bayern bagi persaingan Piala Super pada 14 Ogos.

Schuerrle (kanan) dan Goetze meninggalkan padang selepas ujian persembahan di Universiti Ruhr, kelmarin. – AP
Schuerrle (kanan) dan Goetze meninggalkan padang selepas ujian persembahan di Universiti Ruhr, kelmarin. – AP

Goetze meninggalkan Dortmund untuk menyertai Bayern pada akhir 2012/13 dan berada dalam kedudukan sebagai bintang Jerman yang sedang meningkat naik dengan menyudahkan hantaran lintang dari Schuerrle pada masa tambahan bagi jaringan kemenangan dalam perlawanan Piala Dunia 2014 menentang Argentina.

Tetapi dia melalui tiga tahun yang sukar di Bayern, terutamanya berada di bangku simpanan atau mengalami kecederaan setelah gagal mengagumkan jurulatih Pep Guardiola atau berada dalam pasukan utama, biarpun mendapatkan tiga pingat berturut-turut bersama Bundesliga.

Setelah membayar 37 juta euro (AS$41.31 juta) bagi Goetze pada 2013, Bayern menjualnya kembali kepada Dortmund untuk 26 juta bulan lalu dan pemain berusia 24 tahun itu perlu banyak membuktikan sekali lagi dengan jersi hitam dan kuning.

Begitu juga, Schuerrle memerlukan sebahagian persembahan bagus selepas 18 bulan di Wolfsburg, setelah gagal untuk beraksi cemerlang dalam aksi kembalinya setelah bersama Chelsea dan ditandatangani oleh Dortmund sekitar 30 juta euro. – AFP