Goffin singkirkan Cilic

Goffin singkirkan Cilic

INDIAN WELLS, Amerika Syarikat, 18 Mac (AFP) – David Goffin menyingkirkan pilihan ke-10, Marin Cilic 7-6 (7/4), 6-2 untuk menjadi pemain lelaki pertama Belgium mara ke separuh akhir Indian Wells, malam tadi.

Pemain berusia 25 tahun itu menyelamatkan empat set mata pada permainan ke-12 di set pertama sebelum memenangi set penentuan.

Goffin kemudian mudah memenangi set kedua, untuk sekali gus menamatkan saingan dengan tujuh aces keseluruhan dalam tempoh 97 minit di sini – satu daripada kejohanan terbesar dalam kalendar ATP dan WTA selepas empat kejohanan Grand Slam.

“Set pertama sangat sengit,” kata Goffin yang menewaskan Cilic sebanyak tiga kali di suku akhir.

“Ia sukar untuk kekal fokus. Saya bekerja keras tetapi ia sentiasa sukar untuk menamatkan saingan dengan set”.

Aksi Goffin selepas berjaya menyingkirkan pilihan ke-10, Marin Cilic dengan jaringan 7-6 (7/4), 6-2 untuk menjadi pemain lelaki pertama Belgium mara ke separuh akhir Indian Wells, malam tadi. – AFP
Aksi Goffin selepas berjaya menyingkirkan pilihan ke-10, Marin Cilic dengan jaringan 7-6 (7/4), 6-2 untuk menjadi pemain lelaki pertama Belgium mara ke separuh akhir Indian Wells, malam tadi. – AFP

Goffin mara ke kelompok empat terbaik, yang menyaksikan dia akan berdepan pemenang perlawanan antara pemain Kanada, Milos Raonic dengan Gael Monfils dari Perancis.

“Saya berhak untuk berehat sedikit dan kemudiannya bersedia menghadapi aksi seterusnya. Saya mahu menikmati kemenangan ini dengan pasukan saya.

“Saya sangat gembira dengan corak permainan saya sekarang, saya harap boleh meneruskan rentak ini,” katanya.

Goffin turut menewaskan Cilic di gelanggang tanah liat di Belgium ketika saingan Piala Davis, pada 6 Mac lalu.

ARTIKEL YANG SAMA