Gohi Bi cipta jaringan hatrik

Gohi Bi cipta jaringan hatrik

BRUSSELS, 13 Sept (Reuters) – Cyriac Gohi Bi merebut jaringan hatrik semalam tatkala Oostende menduduki tempat teratas liga Belgium dengan kemenangan 5-1 di Waasland-Beveren.

Tidak dikehendaki oleh Anderlecht, penyerang Ivory Coast itu mengubah penalti pada separuh masa pertama untuk kelab barunya sebelum menambah dua gol lagi selepas rehat.

Pasangan Nigeria Joseph Akpala dan Saviour Godwin memula dan mengakhiri jaringan untuk Oostende yang mempunyai 16 mata daripada tujuh perlawanan, tiga di depan Anderlecht yang menganjur Racing Genk hari ini.

Juara Ghent mencapai keputusan seri untuk kali kelima pada musim ini, 1-1 di Zulte Waregem.

Benito Raman memulakan jaringan daripada tempat penalti tepat pada separuh masa namun Waregem menyamakan kedudukan 17 minit sebelum perlawanan tamat menerusi Mbaye Leye dan seterusnya bertahan dalam 10 minit terakhir dengan 10 pemain selepas Abdou Diallo disingkirkan.

Ghent, yang mencatat kemunculan pertama dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada Rabu menentang Olympique Lyonnais, adalah seri dengan Waregem berdasarkan 11 mata.

Westerlo bangkit dua kali dari belakang untuk seri 2-2 di Mechelen sementara Kortrijk dan OH Leuven berkongsi keputusan seri 0-0.

ARTIKEL YANG SAMA