Goju-Kai Brunei sertai Goju-Kai Pasifik di Jakarta

Goju-Kai Brunei sertai Goju-Kai Pasifik di Jakarta

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Rombongan Goju-Kai Brunei kini berada di Jakarta, Indonesia untuk menyertai Kejohanan Kali Ke-6 Goju-Kai Pasifik yang berlangsung di Stadium Sukan POPKI Cibubur di Jakarta.

Goju-Kai Pasifik bermula semalam dan akan berakhir pada 2 Disember 2015.

Rombongan tersebut yang menerima sokongan Jabatan Kebudayaan, Belia dan Sukan serta Jabatan Sekolah-sekolah Menengah diketuai oleh Presiden dan Jurulatih Goju-Kai Brunei, Awang Muhammad Shukri bin Haji Masri, Pengadil Persekutuan Karate Asia (AKF) dan Setiausaha Goju-Kai Brunei, Dayang Azlina binti Haji Abas.

Pada Goju-Kai Pasifik, Mohammad Amirul Hilmi bin Abu Bakar dari Sekolah Menengah Berakas, yang berusia 16 tahun, akan menyertai Kategori Kata dan Kumite di bawah 61kg manakala Muhammad Iqram bin Hamdani dari Sekolah Menengah Rimba II akan menyertai Kategori Kata dan Kumite di bawah 55kg.

Rombongan Goju-Kai Brunei bergambar ramai sebelum berlepas ke Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Rombongan Goju-Kai Brunei bergambar ramai sebelum berlepas ke Jakarta di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA