Gol Costa legakan Conte

Gol Costa legakan Conte

LONDON, 16 Ogos – Diego Costa menyumbat dirinya kembali ke dalam tajuk-tajuk utama akhbar dengan gol kemenangan pada minit ke-89 ketika Chelsea menewaskan West Ham United 2-1 dalam aksi Liga Perdana pertama Antonio Conte sebagai pengurus kelmarin.

Eden Hazard, simbol kemerosotan Chelsea dari juara ke tangga ke-10 musim lalu, membuka jaringan di Stamford Bridge dengan penalti pada awal babak kedua, sebelum James Collins menyamakan kedudukan pada minit ke-77.

Costa sepatutnya dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari penjaga gol West Ham Adrian dengan cabaran lewat, tetapi dia terus beraksi untuk mengemudikan kemenangan dramatik ke penjuru bawah kiri gawang dari jarak 20 ela.

Jaringan penyerang Sepanyol itu melengkapkan malam positif Conte, yang menyerahkan penampilan penuh kepada bekas pemain Leicester City N’Golo Kante dan pemain gantian Michy Batshuayi mencipta peluang untuk gol kemenangan.

Tetapi ia adalah satu kekalahan pahit untuk pengurus West Ham Slaven Bilic, yang kehilangan pemain baru Andre Ayew kerana kecederaan paha kanan pada minit ke-34.

Diego Costa meraikan jaringan semasa aksi Liga Perdana menentang West Ham di Stamford Bridge, kelmarin. – AP
Diego Costa meraikan jaringan semasa aksi Liga Perdana menentang West Ham di Stamford Bridge, kelmarin. – AP

Dengan kedua-dua pengurus menghabiskan keseluruhan perlawanan di pinggir kawasan teknikal sambil memberi isyarat rancak, permainan ini telah disifatkan sebagai kotor dan dicemari terjahan kasar.

Kante bermula di pangkal bahagian tengah untuk satu-satunya perubahan kepada pasukan Chelsea yang memulakan aksi pembukaan musim lalu – seri 2-2 dengan Swansea City yang memberikan petunjuk pertama aksi hambar sepanjang musim.

Bilic menurunkan dua pemain baru – Ayew dan bek kiri Arthur Masuaku, tetapi terpaksa keluar awal selepas cedera ketika mengejar Hazard yang sukar dibaca pergerakkannya.

Barisan pertahanan kental tuan rumah menghalang West Ham membawa penyerang tunggal Andy Carroll ke dalam permainan dan semua peluang awal adalah milik Chelsea. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA