Gol Higuain jamin kedudukan Napoli

Gol Higuain jamin kedudukan Napoli

MILAN, 3 Mei (AFP) – Dua gol daripada Gonzalo Higuain memberikan Napoli kemenangan 2-1 kepada Atalanta, sekali gus meletakkan mereka di landasan yang betul bagi kedudukan kedua Serie A, awal pagi tadi. Dan pasukan di tempat ketiga, Roma kekal dalam pemburuan automatik ke Liga Juara-Juara dengan kemenangan 3-2 di Genoa.

Dengan dua baki perlawanan, Napoli mengumpul 76 mata dan sementara itu Roma dengan 74 mata, sementara Inter Milan di kedudukan keempat dengan ketinggalan 10 mata.

Penjaring terbanyak Serie A, Higuain yang mengumpul 32 gol menjaringkan jaringan pada minit ke-10 dan 77 sebelum gol minit ke-85 oleh lawan, Raul Albiol.

Terdahulu, Francesco Totti mendahului serangan balas apabila Roma yang ketinggalan menewaskan Genoa untuk memastikan mata pasukan.

Penyerang Napoli, Gonzalo Higuain meraikan gol semasa aksi Serie A menentang Atalanta BC di Stadium San Paolo, Naples kelmarin. – AFP
Penyerang Napoli, Gonzalo Higuain meraikan gol semasa aksi Serie A menentang Atalanta BC di Stadium San Paolo, Naples kelmarin. – AFP

Mohamed Salah menjaringkan gol pembukaan Roma pada minit keenam untuk gol ke-13 penyerang itu dalam Serie A sebelum Genoa mengikat mata menerusi Panagiotis Tachtsidis pada minit ke-13 dan kemudian mendahului pada babak kedua menerusi gol Leonardo Pavoletti ketika 25 minit sebelum tamat perlawanan.

Tetapi sepakan percuma Totti pada minit ke-77 memberikan harapan buat Roma untuk mengumpul tiga mata penting hasil gol ketiga penyerang Itali, Stephane El Shaarawy pada minit ke-87.