Gol Kenedy jaringan terpantas

Gol Kenedy jaringan terpantas

NORWICH, 2 Mac (Reuters) – Chelsea merekodkan jaringan terpantas dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini selepas pemain dari Brazil, Kenedy meledak gol ketika aksi baru 39 saat untuk membantu menewaskan Norwich City 2-1, semalam.

Diego Costa kemudiannya menjadikan kedudukan 2-0 buat The Blues yang juga gol kelapan penyerang Sepanyol itu dalam 10 aksi terakhir untuk meletakkan Chelsea kini hanya ketinggalan lima mata berbanding pasukan tempat kelima, Manchester United yang hanya turun awal pagi esok.

Nathan Redmond kemudian merapatkan jurang pada minit ke-68 tetapi usaha tuan rumah untuk menyamakan kedudukan tidak berhasil.

“Bukan tahap Chelsea untuk gembira selepas keluar daripada zon penyingkiran dan kemudiannya bersikap lebih santai,” kata pengurusnya, Guus Hiddink.

Kenedy (dua kanan) menajringkan gol terpantas dalam saingan Liga Perdana musim ini. – Reuters
Kenedy (dua kanan) menajringkan gol terpantas dalam saingan Liga Perdana musim ini. – Reuters

“Kami meletakkan sasaran baharu dan cita-cita kami untuk menuju ke peringkat Eropah. Kami mengharungi jadual yang cukup padat.

“Jika semua pemain boleh beraksi, kami mahu pergi sejauh yang termampu untuk memburu slot pertandingan Eropah.”

Selepas mengharungi 28 perlawanan, Chelsea kini melonjak ke tangga kelapan dengan 39 mata manakala kekalahan itu adalah yang ketujuh berturut-turut buat Norwich dalam lapan perlawanan sekali gus terperap dalam kedudukan terbawah.

ARTIKEL YANG SAMA