Gol kontroversi bantu Arsenal

Gol kontroversi bantu Arsenal

BURNLEY, England, 3 Okt – Arsenal menjaringkan gol pada sentuhan terakhir permainan untuk menewaskan Burnley 1-0 dan melebarkan rentak kemenangan dalam Liga Perdana kepada lima perlawanan awal pagi tadi.

Selepas sepakan penjuru pendek pada minit kedua masa tambahan, Theo Walcott memberikan hantaran dan Alex Oxlade-Chamberlain tampak memasukkan bola di penjuru – terkena tangan rakan sepasukan Laurent Koscielny yang berada di depannya.

“Ia terkena kami berdua,” kata Oxlade-Chamberlain, “dan ia masuk.”

Ia adalah saat diingati Arsene Wenger untuk menandakan ulang tahun ke-20 sejak dia secara rasmi mengambil alih tugas di Arsenal.

Pasukannya kini di tangga ketiga, dua mata di belakang pendahulu Manchester City.

Oxlade-Chamberlain (kanan) menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Burnley dan Arsenal di Turf Moor, Burnley, England, pada 2 Oktober 2016. – AP
Oxlade-Chamberlain (kanan) menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris antara Burnley dan Arsenal di Turf Moor, Burnley, England, pada 2 Oktober 2016. – AP

“Saya sudah melihat rakaman gol itu dan saya tidak nampak dari tempat duduk ia masuk, kata Wenger.

“Mungkin kami sedikit bernasib baik (kemungkinan bola terkena tangan), iya?” Walaupun sentiasa bertahan pada sebahagian besar permainan, Burnley hampir mendahului apabila tandukan Michael Keane terkena palang pada minit ke-75.

Sepakan Alexis Sanchez tersasar dengan dua peluang terbaik Arsenal sebelum kemenangan minit akhir pelawat. – AP

ARTIKEL YANG SAMA