Gol Lampard benam DC United

Gol Lampard benam DC United

pg20_160903_c

NEW YORK, 2 Sept – Frank Lampard (gambar) menjaringkan dua gol pada minit terakhir ketika New York City F.C. membenam DC United 3-2 untuk menuntut tempat teratas dalam Eastern Conference Major League Soccer (MLS) kelmarin.

Bekas bintang Chelsea dan England itu menjaringkan gol kemenangan tiga minit sebelum tamat untuk mengesahkan kemenangan dramatik City di Stadium Yankee. Kemenangan itu menyaksikan kelab New York itu mengungguli tangga teratas divisyen dengan 44 mata, satu mata mengatasi Toronto F.C.

Lampard, seorang tokoh yang semakin berpengaruh di City selepas permulaan kerjaya MLS yang dibelenggu kecederaan, telah memberikan New York pendahuluan 2-1 pada awal permainan dengan gol pertamanya pada minit ke-85.

Tetapi tandukan tinggi Lamar Neagle untuk DC United berjaya menyamakan kedudukan 2-2 selepas itu dengan pasukan pelawat sudah bersedia untuk berkongsi mata. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA