Gol lewat bawa Iceland ke pusingan seterusnya

Gol lewat bawa Iceland ke pusingan seterusnya

PARIS, 23 Jun (AFP) – Gol pada masa kecederaan pemain gantian Arnor Ingvi Traustason memberikan kemenangan 2-1 kepada Iceland ke atas Austria dalam saingan Kumpulan F awal pagi tadi.

Kemenangan itu sekali gus meletakkan Iceland di tangga kedua kumpulan dan akan bertemu England pada peringkat kalah mati awal pagi Selasa ini.

Jon Dadi Bodvarsson meletakkan Iceland di depan pada minit ke-18 di Stade de France, dengan Austria terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan di babak pertama selepas sepakan penalti Aleksandar Dragovic terkena tiang.

Alessandro Schopf yang dimasukkan pada babak kedua menyamakan kedudukan pada minit ke-60 tetapi Traustasson memastikan kemenangan buat pasukannya di penghujung masa kecederaan, sekali gus menamatkan kempen Austria di Euro 2016.

Para pemain Iceland meraikan gol mereka pada saat-saat akhir sekali gus meneruskan kemaraan di kejohanan tersebut. – AFP
Para pemain Iceland meraikan gol mereka pada saat-saat akhir sekali gus meneruskan kemaraan di kejohanan tersebut. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

“Saya rasa setiap orang yang menonton perlawanan ini menyedari betapa bermaknanya ia kepada kami. Kami sanggup mengorbankan apa saja untuk menang,” kata pengendali bersama Iceland, Heimer Hallgrimsson.

“Kami bernasib baik dalam beberapa situasi tetapi kami juga menunjukkan mentaliti menakjubkan sepanjang permainan, dan pemain-pemain dalam keadaan keletihan.”

Iceland mengumpul lima mata daripada tiga perlawanan dan dibezakan hanya menerusi jaringan gol dengan pendahulu, Hungary yang diikat 3-3 oleh Portugal pada perlawanan yang berlangsung serentak.

ARTIKEL YANG SAMA