Gol lewat Corea kejutkan Costa Rica

Gol lewat Corea kejutkan Costa Rica

HOUSTON, 12 Julai (AFP) – Dustin Corea menjaringkan gol menerusi sepakan percuma pada masa kecederaan untuk memberikan El Salvador keputusan seri 1-1 menentang Costa Rica yang belum mencatatkan sebarang kemenangan dalam perlawanan Piala Emas semalam.

Corea yang berada di antara dua pemain pertahan melepaskan ledakan kaki kiri setelah menerima hantaran lintang Arturo Alvarez bagi menjaringkan gol penyamaan di depan penonton Stadium BBVA Compass.

Keputusan perlawanan itu menyaksikan Costa Rica berkongsi tangga kedua bersama El Salvador dalam senarai kedudukan Kumpulan B Piala Emas CONCACAF dengan dua mata. Jamaica di tangga pertama dengan empat mata sementara Kanada di tangga terakhir dengan satu mata.

Dengan Costa Rica berada dalam laluan kemenangan pertama, El Salvador bernasib baik apabila pengadil dari AS, Jair Marrufo memberikan sepakan percuma kepada El Salvador.

Pemain midfield Costa Rica, Bryan Ruiz berdiri di sebelah Alexanser Larin yang melakukan foul dengan pusingan pantas dan kejatuhan yang menarik perhatian Marrufo. Tayangan televisyen menunjukkan Ruiz tidak melakukan kontek dengan Larin tetapi sudah terlambat.

Franciso Calvo (2) dari Costa Rica dikasari Dustin Corea (21) dari El Salvador pada babak kedua aksi Piala Emas di Stadium BBVA Compass di Houston, Texas semalam. – AFP
Franciso Calvo (2) dari Costa Rica dikasari Dustin Corea (21) dari El Salvador pada babak kedua aksi Piala Emas di Stadium BBVA Compass di Houston, Texas semalam. – AFP

Sepakan Alvarez berada di tengah kotak penalti dan Corea membuat larian untuk menyudahkan jaringan. Ia satu lagi kekecewaan bagi Cota Rica, yang gagal untuk mara ke suku akhir Piala Dunia FIFA tahun lepas.

Ruiz menjaringkan gol pada minit ke-61 dengan kaki kiri menewaskan penjaga gol Derby Carrillo untuk gol pertama Cota Rica.

Ketika mereka meraikan jaringan, Ruiz dan rakan sepasukannya kemudian disimbah dengan air oleh penonton Houston.