Gol Mane tund...

Gol Mane tundukkan Hotspur

LONDON, 12 Feb – Dua jaringan berturut-turut Sadio Mane pada minit ke-16 dan 18 separuh masa pertama sudah cukup bagi memastikan kemenangan buat Liverpool apabila menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 di laman sendiri, awal pagi tadi.

Ia merupakan kemenangan pertama liga dicatatkan oleh pasukan kendalian Jurgen Klopp pada 2017 selepas enam perlawanan dan menamatkan rekod tanpa kalah Spur dalam sembilan perlawanan berturut-turut.

“Inilah cara sebenar yang kamu perlu bermain ketika menentang Tottenham dan sudah tentu ini menunjukkan reaksi pasukan kami,” kata Klopp.

“Ia tindak balas cukup sempurna dan ia satu prestasi yang hebat.”

Liverpool kembali ke kelompok empat teratas, mengatasi Manchester City yang hanya berkunjung ke Bournemouth, awal pagi Selasa.

Sadio Mane meraikan jaringannya pada perlawanan tersebut. - AP
Sadio Mane meraikan jaringannya pada perlawanan tersebut. – AP

Tottenham kekal di tempat kedua dengan berkongsi mata dengan Arsenal yang menundukkan Hull City 2-0.

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino menegaskan anak buahnya gagal beraksi pada prestasi sebenar.

“Seluruh pasukan agak teruk. Ia berkisar kepada keseimbangan dan hari ini ianya teruk. Inilah hakikatnya.

“Untuk 45 minit pertama, kamu dapat lihat pasukan belum bersedia untuk bertarung untuk Liga Perdana Inggeris.”

Mane membuka tirai jaringan pada minit ke-16 apabila menyudahkan hantaran Georginio Wijnaldum dan dua minit kemudian merembat masuk gol kedua selepas percubaan Adam Lallana serta Roberto Firmino ditepis Hugo Lloris. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA