Gol Pelle julang Itali

Gol Pelle julang Itali

FLORENCE, Itali, 4 Sept (AFP) – Penyerang Southampton, Graziano Pelle menyudahkan hantaran lintang Antonio Candreva untuk menyerahkan kemenangan penting 1-0 Itali ke atas Malta di Florence semalam yang menyaksikan tuan rumah mengungguli kedudukan kumpulan kelayakan Euro 2016.

Dengan pesaing Croatia terikat seri tanpa jaringan di Azerbaijan, pasukan Azzurri diberikan insentif untuk menghoskan Bulgaria Ahad ini dalam perlawanan yang akan menyelamatkan tiket mereka ke persaingan itu di Perancis pada musim panas tahun depan.

Namun Itali, yang menyaksikan Pelle menjaringkan gol kemenangan 1-0 di Malta pada awal kempen, terpaksa bekerja keras untuk menembusi benteng Malta dan sekali lagi sebelum Pelle melompat untuk menyudahkan gol pembukaan pada minit ke-69, walaupun ulang tayang televisyen menunjukkan bola melantun mengenai bahunya.

Jurulatih Itali Antonio Conte yang mengalu–alukan kemenangan itu tetapi mengakui beberapa pemainnya masih lagi tercari–cari rentak berkata: “Kami mengungguli kumpulan.

Kita lihat siapa yang masih cergas sebelum menentang Bulgaria,” kata Conte.

Pelle (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Malta untuk kelayakan Euro 2016 di Florence semalam. – Reuters
Pelle (tengah) meraikan jaringan semasa menentang Malta untuk kelayakan Euro 2016 di Florence semalam. – Reuters

“Kami masih berada pada awal musim dan beberapa pemain yang perlu meningkat, tetapi saya gembira dengan komitmen pasukan. Mereka menunjukkan hasrat untuk keluar dan memenangi perlawanan ini.”

Jurulatih Malta, Pietro Ghedin mengakui kesahihan jaringan itu bukanlah menjadi satu isu: “Saya tidak melihat ulang tayang jaringan, tetapi ia tidak penting. Perlawanan itu sudah berakhir.

“Itali adalah pasukan yang memiliki banyak karisma. Mereka boleh menjaringkan gol apabila mereka mahu, tetapi saya kecewa kami tidak mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini.”

Dengan Ghedin mengekalkan formasi 5-3-2, Conte menempatkan 4-3-3 dengan Manolo Gabbiadini digantikan Candreva di bahagian kanan Pelle dan Eder di kiri barisan serangan Itali.

Penyerang Sampdoria, Eder, dengan empat jaringan dalam dua perlawanan setakat ini, adalah pemain terbaik Serie

A ketika ini tetapi Pelle pula mendapatkan Itali peluang dalam persaingan berat sebelah yang menyaksikan tuan rumah dikecewakan beberapa kali.

ARTIKEL YANG SAMA