Gol Pizarro benam Venezuela

Gol Pizarro benam Venezuela

VALPARAISO, Chile, 19 Jun (AFP) – Jaringan tunggal Claudio Pizarro pada babak kedua membantu Peru mencatat kemenangan 1-0 ke atas Venezuela yang beraksi dengan 10 pemain dalam aksi Kumpulan C saingan Copa America di sini, semalam ketika ‘The Incas’ bangkit selepas tewas kepada Brazil pada aksi pembukaan.

Penyerang kelab Bayern Munich itu meledak menggunakan kaki kiri untuk mengecewakan penjaga gawang lawannya itu, Alain Baroja pada minit ke-72 selepas Christian Cueva meluru ke kawasan penalti untuk mencipta peluang.

Venezuela yang mengejutkan Colombia pada aksi pembukaan Kumpulan C sebelum ini, mendominasi saingan sehinggalah pertahanan mereka, Fernando Amorebieta dibuang padang pada minit ke-29 selepas mendapat kad merah gara-gara mengasari Paolo Guerrero. Semua pasukan dalam Kumpulan C kini memiliki tiga mata selepas dua perlawanan. Turut berada dalam kumpulan ini adalah Brazil.

Kemenangan manis Peru, yang bolos gol pada masa kecederaan ketika tewas 2-1 kepada Brazil Ahad lalu apabila tewas perlawanan pembukaan dalam Kumpulan C. Kemenangan semalam menyebabkan persaingan ke suku akhir kumpulan itu terbuka luas, dengan semua empat pasukan terkunci pada tiga mata menuju aksi terakhir pusingan pertama.

Penyerang Peru, Claudio Pizarro (tengah) merembat bola untuk menjaringkan gol semasa menentang Venezuela di Valparaiso, semalam. – AFP
Penyerang Peru, Claudio Pizarro (tengah) merembat bola untuk menjaringkan gol semasa menentang Venezuela di Valparaiso, semalam. – AFP

Peru menghadapi Colombia dalam perlawanan terakhir kumpulan Ahad ini manakala Brazil yang tewas kepada Colombia dalam perlawanan kedua mereka akan menentang Venezuela.

Malang Venezuela mula terhidu pada minit ke-30 apabila Amorebieta dilayangkan kad merah kerana mengasari Guerrero.

Amorebieta, yang menamatkan musim lalu dalam pinjaman ke kelab Inggeris Middlesbrough yang dinaikkan pangkat ke dalam Liga Perdana, memijak paha Guerrero dalam pertembungan di sebelah kiri padang.

ARTIKEL YANG SAMA