Gol Rakitic benam BATE

Gol Rakitic benam BATE

BARYSAW, Belarus, 21 Okt – Juara Eropah Barcelona hampir menempah tempat mereka ke pusingan 16 terakhir Liga Juara–Juara apabila dua jaringan Ivan Rakitic memberikan mereka kemenangan selesa 2-0 di BATE Borisov.

Rakitic bermula di bangku simpanan, tetapi beraksi pada separuh masa pertama menggantikan Sergio Roberto dan akhirnya membuka jaringan selepas tempoh pembukaan mengecewakan bagi pasukan pelawat sejurus selepas separuh masa pertama.

Neymar kemudian bergandingan dengan pemain dari Croatia itu bagi gol keduanya malam itu ketika Barca mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Kumpulan E dengan tujuh mata daripada tiga perlawanan pertama mereka.

Keputusan seri 4-4 di antara Bayer Leverkusen dan Roma dalam satu lagi perlawanan lain dalam kumpulan itu semalam menyaksikan Barca mendahului tiga mata di depan pasukan dari Jerman itu dengan BATE satu mata di depan Roma di tangga ketiga.

“Ia perlawanan yang bagus pasukan secara keseluruhannya. Kami memberi-kan tekanan dengan baik dan saya tidak rasa BATW mempunyai satu peluang pun,” kata Rakitic. “Kami boleh menjaringkan dua atau tiga lagi gol tetapi kami perlu meneruskannya seperti itu.”

Ivan Rakitic (dua kiri) berjaya menewaskan penjaga gol BATE Borisov, Sergei Chernik dalam aksi Kumpulan E di stadium Borisov Arena di Belarus, semalam. – Reuters
Ivan Rakitic (dua kiri) berjaya menewaskan penjaga gol BATE Borisov, Sergei Chernik dalam aksi Kumpulan E di stadium Borisov Arena di Belarus, semalam. – Reuters

Dalam keadaan musim ini, Barca ber-gelut untuk mendapatkan peluang pada separuh masa pertama, tetapi jurulatih, Luis Enrique gembira dengan perjalanan sukar tanpa terlalu banyak masalah.

“Beraksi di gelanggang luar dalam Liga Juara-Juara bukanlah mudah,” kata Enrique, yang dicalonkan di antara 10 jurulatih terbaik tahunan oleh FIFA awal hari itu selepas membawa Barca kepada tiga kemenangan musim lalu.

“Dengan menjangka kesukaran, saya rasa kami beraksi dengan baik dan menyelesaikan perlawanan dengan baik. Kami mencipta banyak peluang. Beberapa perlawanan lalu kami mendapati sukar untuk menjaringkan gol, tetapi pasukan beraksi dengan baik.”

Neymar memainkan peranan sejak Lionel Messi direhatkan akibat kecederaan ligamen lutut tiga minggu lalu dan dia hampir menambah gol keempat menentang Rayo Vallecano Sabtu lalu

dalam tempoh tiga minit tetapi rem-batannya terlalu hampir kepada Sergei Chernik. – AFP