Gol sendiri musnahkan harapan Iceland

Gol sendiri musnahkan harapan Iceland

MARSEILLE, 19 Jun (AFP)– Gol sendiri Iceland melalui Birkir Saevarsson pada minit-minit akhir menyelamatkan Hungary dalam saingan Euro 2016 yang membolehkan harapan kedua-dua pasukan masih hidup untuk ke pusingan seterusnya.

Aksi yang terikat 1-1 itu berlaku apabila Saevarsson tertampan bola masuk ke gawang sendiri dalam usahanya menyelamatkan hantaran lintang pemain Hungary, Nemanja Nikolic, sekali gus menewaskan penjaga golnya sendiri, Hannes Por Halldorsson.

Terlebih dahulu, Gylfi Sigurdsson membuka tirai jaringan Iceland menerusi sepakan penalti pada minit ke-40 selepas kekasaran pertahanan Hungary, Tamas Kadar ke atas Aron Gunnarsson.

Kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 hingga wisel penamat. – AFP
Kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 1-1 hingga wisel penamat. – AFP

UEFA-Euro-2016-Logo

Perlawanan itu turut dicemari insiden mercun di baling ke dalam padang oleh penyokong Hungary ketika Sigurdsson bersedia mengambil penalti, selain tindakan membakar suar ketika nyanyian lagu kebangsaan serta pertelingkahan dengan pengawal sebelum aksi bermula.

Keputusan seri itu menyaksikan Hungary semakin hampir mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati selepas mengumpul empat mata untuk mengekalkan tangga teratas kumpulan, manakala Iceland mengutip keputusan seri kedua selepas mengikat pasukan pilihan Portugal 1-1.

ARTIKEL YANG SAMA