Gol Shirokov benam Portugal

Gol Shirokov benam Portugal

MOSCOW, 16 Nov (AFP) – Roman Shirokov membantu mengekalkan rekod 100 peratus Leonid Slutskiy, yang melatih Rusia sejak Ogos lalu, apabila percubaannya pada penghujung perlawanan membolehkan pasukannya menang 1-0 ke atas Portugal dalam perlawanan persahabatan di Krasnodar semalam.

Pemain tengah Spartak Moscow itu menyempurnakan gerakan cantik untuk menjaringkan golnya yang ke-13 untuk negaranya seminit sebelum tamat permainan yang sememangnya berhak mereka menangi.

Pemain lincah Artem Dzyuba hampir menjaringkan gol pada minit ke-10 tetapi penjaga gol Portugal, Rui Patricio bertindak cemerlang dan kemudian dari sepakan sudut tandukan penyerang tinggi lampai Zenit St. Petersburg itu menggegarkan palang.

Tuan rumah terus menguasai permainan dan ketua pasukan Shirokov mendapat satu lagi peluang untuk memaksa Patricio sekali lagi bertindak pantas.

Midfield Rusia Roman Shirokov (depan) bersaing dengan midfield Portugal William Carvalho dalam aksi persahabatan di Krasnodar kelmarin. – AFP
Midfield Rusia Roman Shirokov (depan) bersaing dengan midfield Portugal William Carvalho dalam aksi persahabatan di Krasnodar kelmarin. – AFP

Goncalo Guedes, yang mendapat cap pertamanya, mencipta peluang terbaik untuk pasukan pelawat dalam babak pertama, tetapi Igor Akinfeev menyelamatkan sepakan pemain berusia 18 tahun itu untuk kedua-dua pasukan. Skuad Fernando Santos bermain tanpa bintang utama Cristiano Ronaldo dan mereka bertahan lagi pada awal babak kedua apabila Pavel Mamaev hampir mendapat gol menerusi sepakan dari luar kotak penalti.

Pemain gantian Fedor Smolov menyangka dia berjaya menghasilkan gol untuk pasukannya ketika permainan berbaki 15 minit, tetapi dia menggunakan tangan untuk menepis bola sepakan sudut ke dalam jaring dari jarak dekat dan diberikan kad kuning.

Smolov kemudian meloloskan diri di sebelah kiri, menghantar bola kepada Dzyuba yang melorongkan kepada Shirokov yang meluru untuk menewaskan Patricio.

ARTIKEL YANG SAMA