Gol Silva benam Belarus

Gol Silva benam Belarus

BARYSAW, Belarus, 15 Jun (AFP) – Rembatan separuh masa pertama David Silva sudah cukup bagi juara Eropah Sepanyol untuk mencatatkan kemenangan 1-0 dalam kelayakan Euro 2016 semalam dalam perlawanan ke-100 Vicente del Bosque.

Bintang Manchester City itu menjaringkan gol separuh masa pertama di Borisov Arena di Barysaw untuk memberikan juara Euro 2008 dan Euro 2012 itu kemenangan kelima dalam enam perlawanan kelayakan Kumpulan C ketika mereka menghampiri perlawanan tahun depan di Perancis.

Sepanyol masih berada di tangga kedua kumpulan, tiga mata di belakang pendahulu Slovakia, yang mengekalkan rekod sempurna dengan menewaskan Macedonia 2-1.

Apa yang lebih penting, La Roja masih lagi dengan kelebihan tiga mata berbanding Ukraine di tangga ketiga, yang menang 3-0 di laman sendiri kepada Luxembourg awal perlawanan.

Setahun dan sehari selepas kekalahan 5-1 kepada Belanda pada Piala Dunia di Brazil, ini adalah persaingan mudah Sepanyol dengan pemain tempatan dalam skuad Belarus di tengah–tengah musim domestik mereka.

Midfield Sepanyol David Silva (kiri) bersaingan dengan pertahanan Belarus Yegor Filipenko dalam aksi kelayakan Euro 2016 di Borisov, semalam. – AFP
Midfield Sepanyol David Silva (kiri) bersaingan dengan pertahanan Belarus Yegor Filipenko dalam aksi kelayakan Euro 2016 di Borisov, semalam. – AFP

Pasukan Del Bosque mungkin dimaafkan kerana merasakan kesan kempen panjang ketika percutian musim panas mereka semakin hampir tetapi menyelesaikan tugasan itu menerusi jaringan Silva sebelum rehat.

Apabila penjaga gol Andrei Gorbunov dimasukkan dan terlepas sepakan percuma Cesc Fabregas dari sudut kiri pasukan pelawat, Silva mengawal bola dan meledakkan voli bagi jaringan ke-23 antarabangsanya untuk menyamai jaringan Alfredo di Stefano dari Sepanyol.

Belarus, yang hanya mencatatkan empat mata setakat ini, tidak pernah tersingkir dan Maksim Volodko menyaksikan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid pada separuh masa kedua sebelum Maksim rembatan Bordachev tersasar.

ARTIKEL YANG SAMA