Gol Son benam CSKA

Gol Son benam CSKA

MOSCOW, 28 Sept – Pemain sayap Korea Selatan Son Heung-min membantu memberikan suntikan untuk kempen Tottenham Hotspur dalam perlawanan Liga Juara-Juara dengan kemenangan 1-0 di CSKA Moscow, kelmarin.

Son memperoleh hantaran Erik Lamela selepas minit ke-71 untuk menjaringkan gol kelimanya dalam lima perlawanan bagi kelab utara London itu.

Tiga mata itu telah menempatkan Tottenham di tangga kedua dengan satu mata ketinggalan di belakang pasukan Ligue 1 Monaco yang seri 1-1 menentang pasukan Bundesliga Bayer Leverkusen dalam satu lagi perlawanan Kumpulan E.

“Kami bermain lebih bagus (menentang Monaco) tetapi ia adalah perlawanan yang sukar seperti mana selalu sukar bermain di sini di Moscow,” kata pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino.

“Ia adalah sangat penting bagi kami memperoleh tiga mata di sini kerana kami berada dalam kedudukan mesti menang.”

Pemain Hotspur Toby Alderweireld (kanan), Erik Lamela (tengah) dan Son Heung-Min meraikan jaringan semasa menentang CSKA Moscow, kelmarin. – AFP
Pemain Hotspur Toby Alderweireld (kanan), Erik Lamela (tengah) dan Son Heung-Min meraikan jaringan semasa menentang CSKA Moscow, kelmarin. – AFP

Tottenham yang kembali menyertai Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh lima tahun, mendominasi penguasaan bola pada separuh masa pertama tetapi juara Rusia itu bertahan dengan begitu baik bagi menghalang usaha serangan lawan.

Dele Alli begitu hampir menjaringkan gol selepas minit ke-35 tetapi sepakan padunya daripada luar kotak penalti tersasar dengan penjaga gol CSKA, Igor Akinfeev tidak dapat berbuat apa-apa.

Seminit kemudian, penyerang Belanda, Vincent Janssen, bermain bagi menggantikan Harry Kane, memperoleh bola dalam kawasan pasukan tuan rumah dan membuat percubaan mengatasi Akinfeec namun usahanya gagal selepas berada pada posisi ofsaid.

Kieran Trippier mendapati Toby Alderweireld dikawal dalam kawasan itu lima minit sebelum rehat tetapi tandukan pertahanan Belgium itu berjaya diselamatkan.

Selepas rehat Tottenham menguji pertahanan CSKA, dan pada minit ke-54 Son mempunyai peluang untuk membuka jaringan dari luar kotak penalti tetapi rembatan kaki kiri beberapa inci melepasi tiang ini.

Tekanan yang semakin meningkat dari Spurs akhirnya membuahkan hasil apabila Son mengejutkan 30,000 penonton di CSKA Arena pada minit ke-71 apabila mengambil hantaran Lamela dan mengalahkan Akinfeev yang dapat menyentuh bola tetapi tidak dapat menghalang bola daripada melepasi garisan gol.

“Kami berada dalam perlumbaan untuk pusingan seterusnya,” kata Pochettino. “Ia tiga mata yang sangat penting. Tetapi ada baki empat perlawanan lagi dan segala-galanya masih terbuka.” – AFP