Gol Sturridge, Firmino julang Liverpool

Gol Sturridge, Firmino julang Liverpool

LIVERPOOL, 11 Mac (AFP) – Daniel Sturridge dan Roberto Firmiho masing-masing menjaringkan gol ketika Liverpool menewaskan pencabar utama, Manchester United 2-0 dalam perlawanan pertama kelompok 16 terakhir Liga Europa semalam.

Liverpool mendominasi pertemuan pertama Europa di antara kedua pasukan dari minit awal sehingga akhir perlawanan, menjaringkan menerusi sepakan penalti Sturridge pada minit ke-20 dan jaringan dari Firmino pada minit ke-73 untuk meletakkan pasukan kendalian Jurgen Klopp dalam kedudukan selesa menjelang pertemuan semula minggu depan.

United yang hampir tewas berat jika bukan aksi cemerlang penjaga gol David de Gea dan gagal untuk mencipta peluang bermakna ketika empat perlawanan kendalian Louis van Gaal menentang Liverpool terhenti di Anfield.

“Saya rasa ia layak,’ kata Klopp.

“Ia adalah persembahan menarik dari saat pertama sehingga akhir perlawanan. Ia hanya perlawanan pertama, tetapi kami perlu memenanginya dan kami melakukannya.”

Sturridge meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang pertahanan bagi gol pertama mereka menentang Manchester United dalam pusingan pertama 16 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara di Anfield, Liverpool. - Reuters
Sturridge meraikan jaringan selepas berjaya membolosi gawang pertahanan bagi gol pertama mereka menentang Manchester United dalam pusingan pertama 16 perlawanan terakhir Liga Juara-Juara di Anfield, Liverpool. – Reuters

Dengan kedua buah pasukan bergelut untuk menamatkan empat kelompok teratas dalam Liga Perdana, kemenangan dalam Liga Europa dilihat adalah harapan terbaik mereka untuk layak dalam Liga Juara–Juara musim depan.

Ia adalah Liverpool yang melangkah sebelah kaki dalam lapan kelompok terakhir sementara United perlu meletakkan diri mereka bagi suku akhir Piala FA di laman sendiri menentang West Ham United, Klopp mempunyai masa seminggu untuk menyediakan pasukannya bagi kunjungan mereka di Old Trafford.

“Saya perlu menyatakan Liverpool mencipta persekitaran yang luar biasa,” kata Van Gaal, yang menggambarkan sepakan penalti Liverpool dan gol kedua sebagai ‘hadiah’.

“Mereka bermain dengan baik pada separuh masa pertama dan kami tidak dapat menangani tekanan mereka.

“Ia sukar kerana 2-0 adalah keputusan yang terlalu sukar bagi kami. Tetapi kami perlu mencipta persekitaran seperti yang dilakukan oleh peminat Liverpool.”

ARTIKEL YANG SAMA