Gol Totti tidak mampu selamatkan Roma

Gol Totti tidak mampu selamatkan Roma

MILAN, 26 Sept – Francesco Totti yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya ke-40 esok, menjaringkan gol ke-250 dalam saingan Serie A buat AS Roma, namun masih belum cukup buat pasukan itu yang terus bergelut dengan aksi tidak menentu apabila tewas 1-3 di tangan Torino, awal pagi tadi.

Roma dikecewakan dengan dua gol daripada Iago Falque, pemain yang dipinjamkan kepada lawan itu pada awal musim ini dengan mereka tewas di tangan Torino buat kali pertama sejak 1990.

Andrea Belotti menanduk masuk gol pembukaan bagi meletakkan Torino di depan selepas lapan minit dan mereka menambah gol kedua menerusi Falque yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-53 selepas Belotti dikasari Bruno Peres.

Penjaga gol Torino, Joe Hart dua kali menafikan percubaan rakan sepasukannya di Manchester City, Edin Dzeko bagi gol penyamaan buat Roma.

Roma dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-55 dan pemain gantian, Totti yang membuat penampilan musim ke-25 tenang menewaskan Hart untuk merekodkan gol kedua peribadinya musim ini. Falque melengkapkan kemenangan Torino 10 minit kemudian menerusi percubaannya yang terkena dengan Federico Fazio.

Francesco Totti yang kelihatan begitu kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut. – AFP
Francesco Totti yang kelihatan begitu kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut. – AFP

Totti yang berada di kedudukan kedua sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Serie A ketinggalan 24 gol di belakang Silvio Piola yang merekodkan 274 gol pada 1954. “Totti adalah pemain terbaik di Itali sejak 25 tahun yang lalu. Ia memberikan saya kepuasan apabila melihat dia masih bermain,” kata jurulatih Torino, Sinisa Mihajlovic. Jurulatih Roma, Luciano Spalletti bagaimanapun berang dengan prestasi anak buahnya yang terus bergelut dengan aksi tidak menentu.

“Untuk tempoh yang lama, pasukan ini masih bergelut dengan aksi tidak menentu,” ketika di bawah kendalian saya dan jurulatih lain, katanya.

Sementara itu, Giovanni Simeone yang juga anak kepada jurulatih Atletico Madrid, Diego menjaringkan gol pertamanya dalam saingan Serie A bagi membantu Genoa seri 1-1 dengan Pescara biarpun menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain manakala Inter Milan terikat 1-1 menentang Bologna di laman sendiri. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA