Gol tunggal Rooney penyelamat Man United

Gol tunggal Rooney penyelamat Man United

MANCHESTER, 4 Nov (Reuters) – Pemain Manchester United, Wayne Rooney menjadi penyelamat pasukannya apabila berjaya menewaskan CSKA Moskva menerusi kemenangan tipis 1-0 dalam perlawanan Liga Juara-Juara, semalam.

Gol tunggal Man United yang dicatatkan Rooney pada minit ke-79 itu membawa pasukan tersebut pada kedudukan teratas dalam saingan Kumpulan B.

Walaupun mendominasi permainan, Man United di bawah pengurus Louis van Gaal dilihat kurang cekap dalam menembusi benteng pertahanan pasukan pelawat. Hanya pada minit ke-79, Man United dapat menangani pihak lawan yang bermula dari umpan silang Jesse Lingard, tandukan Rooney berjaya menggagalkan kawalan penjaga gol, Igor Akinfeev.

Wayne Rooney (tengah) dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan CSKA Moscow Sergey Ignashevich pada perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara di old Trafford di Manchester, England, pada 3 November 2015. – AFP
Wayne Rooney (tengah) dijatuhkan dalam kotak penalti oleh pemain pertahanan CSKA Moscow Sergey Ignashevich pada perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara di old Trafford di Manchester, England, pada 3 November 2015. – AFP

Gol ini juga lebih bermakna buat Rooney apabila jumlah 237 gol sepanjang bersama Man United, kini menyamakan kedudukannya dengan penyerang veteran, Denis Law. Sehingga tamat permainan, Man United gagal menambah sebarang gol menjadikan pasukan Red Devils itu menang tipis dengan 1-0.

Kemenangan itu sudah cukup membawa Man United pada kedudukan teratas dalam saingan Kumpulan B dengan tujuh mata.

Menerusi saingan Kumpulan B, pihak lawannya dalam pertemuan di Old Trafford berada di tempat keempat, manakala PSV Eindhoven dan VfL Wolfsburg, masing-masing mencatatkan kedudukan kedua dan ketiga.