‘Golden Prosperity’ sajian istimewa TBC Fish & Co.

‘Golden Prosperity’ sajian istimewa TBC Fish & Co.

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Fish & Co. turut tidak ketinggalan memeriahkan Tahun Baru Cina dengan menawarkan hidangan Platter istimewa iaitu ‘Golden Prosperity’ untuk para pelanggannya.

Promosi yang bermula dari 5 hingga 22 Februari ini amat sesuai untuk dinikmati di restoran atau pun dibawa pulang.

Salah satu hidangan khas yang akan ditawarkan adalah Sneak Prosperity (Yee Sang) Platter, menampilkan gabungan unik Salmon Yee Sang yang diletakkan di tengah-tengah pinggan dan dikelilingi pelbagai makanan laut goreng yang terdiri daripada sotong, udang dan nuget ikan.

Pilihan lain ialah Golden Wealth Platter yang sesuai untuk dinikmati dua orang. Hidangan ini menyajikan udang tumis, potongan ayam yang dilapisi tepung roti, kepala salmon panggang dan Nasi Paella sebagai asas. Diskaun tidak boleh digunakan untuk promosi ini.

Sneak Prosperity (Yee Sang) Platter merupakan hidangan promosi Fish & Co. sempena Tahun Baru Cina bermula 5 Februari ini.
Sneak Prosperity (Yee Sang) Platter merupakan hidangan promosi Fish & Co. sempena Tahun Baru Cina bermula 5 Februari ini.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Fish & Co (Fish-co-Brunei) dan akaun Instagram (@fishncobrunei).

ARTIKEL YANG SAMA