Golden State Warrior kekal rekod tanpa kalah

Golden State Warrior kekal rekod tanpa kalah

LOS ANGELES, 9 Dis – Klay Thompson menghasilkan 10 triple dalam laluan bagi mencatatkan jaringan mata teringgi 39 mata musim ini, Stephen Curry menambah 29 dengan 10 asis, dan Golden State Warriors memulakan musim mereka kepada 23-0 semalam selepas bertahan dari kebangkitan Indiana Pacers bagi kemenangan 131-123.

Juara bertahan NBA memenangi 27 berturut–turut sejak musim lalu, yang menyamai kemenangan kedua terpanjang Miami Heat pada 2012-13 dalam sejarah liga, dan hanya mengekori penguasaan 1971-72 La Lakers bagi 33 kemenangan berturut–turut.

Titik tolak hadir dengan Warriors mengekori lima pada pertengahan suku pertama. Kemudian mereka mencatatkan 22-0 untuk mendahului 44-28 di belakang 17 mata Thompson.

Thompson mencatatkan 29 mata dengan lapan triple pada separuh masa dan Golden State melebarkan jurang 79-60.

Warriors menekannya kepada 32 pada suku ketiga tetapi Pacers tidak menyerah kalah. Mereka bangkit dengan 129-123 dengan berbaki 24.8 saat tetapi Curry memisahkan empat lontaran bebas untuk menamatkan ancaman itu.

Stephen Curry membuat lontaran ke jaringan di perlawanan tersebut. – Reuters
Stephen Curry membuat lontaran ke jaringan di perlawanan tersebut. – Reuters

Paul George mencatatkan 33 mata dan C.J. Miles menambah 24 bagi Pacers (12-8) yang mengalami kekalahan ketiga mereka.

Sementara itu, Cleveland Cavaliers 105, Portland Trail Blazers 100: LeBron James menjaringkan 14 dari 33 matanya pada suku pertama dan Cavaliers (14-7) bangkit setelah ketinggalan 18 pada suku kedua untuk menewaskan pasukan pelawat Trail Blazers dan menamatkan tiga kekalahan.

Damian Lillard juga melepaskan 33 mata kepada pendahulu Portland (9-14) tewas dalam lapan dari sembilan persaingan mereka. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA