GoldWing Bagger lebih moden, bergaya

GoldWing Bagger lebih moden, bergaya

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Dis – Syarikat pengedar motosikal Honda, BTop Motors Sdn Bhd memperkenalkan edisi ulang tahun ke-40 motosikal GoldWing Bagger Honda GL1800B F68 yang lebih bergaya dan moden penampilannya.

Edisi ulang tahun daripada barisan motosikal legenda itu dilengkapi dengan enjin enam silinder 1,832cc, dengan gear lima kelajuan. Dengan itu, ia menghamburkan kuasa kelajuan 118 kuasa kuda dan 167Nm tork dan mempunyai tangki minyak 25 liter, sesuai untuk perjalanan jauh.

GoldWing Bagger juga memiliki sistem audio mantap sekeliling yang boleh dinikmati melalui enam pembesar suaranya atau alat pilihan penyambung dipasang pada topi keledar penunggang dan pemboncengnya.

Goldwing Bagger dengan wajah baru yang lebih segar, moden dan menarik.
Goldwing Bagger dengan wajah baru yang lebih segar, moden dan menarik.
Honda Goldwing, motosikal yang sudah dikenali oleh peminat motor-motor besar.
Honda Goldwing, motosikal yang sudah dikenali oleh peminat motor-motor besar.
Goldwing Bagger juga dilengkapi dengan sistem audio, pembesar suara, sistem gear undur elektrik dan banyak lagi.

Ia turut tidak ketinggalan menggabungkan pemegang bar dengan sambungan untuk peranti iPod, iPhone melalui USB pada pad kawalan.

Ia turut menampilkan kecanggihan sistem gear undur elektrik bagi membantu penunggang meletakkan motosikal dengan lebih tepat selain mempunyai ruang bonet berkapasiti 150 liter.

ARTIKEL YANG SAMA