Golf amal Kelab Rotary kutip $30,000

Golf amal Kelab Rotary kutip $30,000

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Okt – Kelab Rotary Bandar Seri Begawan telah berjaya mengutip sebanyak $30,000 menerusi kejohanan Golf Amal Rotary ke-15 yang diadakan khas bagi membiayai Projek Penganugerahan Dermasiswa Rotary.

Projek ini adalah bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan dari segi kewangan yang tidak berkemampuan membayar yuran sekolah mereka disebabkan latar belakang keluarga yang miskin.

Kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf RBA, hari ini, menyaksikan penyertaan seramai 88 orang pemain golf untuk menyokong inisiatif menyelesaikan masalah di negara ini.

Menurut Presiden kelab Rotary Bandar Seri Begawan, Albert Tan, kelab tersebut telah membuat pelbagai usaha sejak 14 tahun kebelakangan bagi membantu pelajar yang memerlukan bantuan dengan memberikan mereka biasiswa sehingga peringkat pengajian tinggi.

Edwin Liew (kiri) mencatat kemenangan keseluruhan Gross dengan mata 76 Gross menerima hadiah daripada Albert Tan (kanan).
Edwin Liew (kiri) mencatat kemenangan keseluruhan Gross dengan mata 76 Gross menerima hadiah daripada Albert Tan (kanan).
David Liaw (kiri) pemenang keseluruhan Nett dengan mata 69 Nett, menerima hadiah daripada Albert Tan (kanan).
David Liaw (kiri) pemenang keseluruhan Nett dengan mata 69 Nett, menerima hadiah daripada Albert Tan (kanan).

“Sejak pelancaran sulung pada tahun 2001, Golf Amal Rotary membolehkan sumbangan lebih $230,000 bagi pelajar di Brunei Darussalam,” katanya, sambil menambah, melalui projek ‘balik ke sekolah’, mereka juga memberikan beg dan peralatan sekolah kepada yang memerlukan untuk membuat persiapan bagi penggal persekolahan baru.

Dalam keputusan Kejohanan Golf Amal Rotary ke-15, Edwin Liew muncul juara keseluruhan bagi pungutan mata Gross sebanyak 76 dan David Liaw selaku pemenang keseluruhan bagi pungutan mata Nett dengan 69. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Albert Tan.

ARTIKEL YANG SAMA