Golf Diplomat erat silaturahim

Golf Diplomat erat silaturahim

Oleh Hamidah Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Satu perlawanan golf di antara para duta asing dan bekas duta Negara Brunei Darussalam diadakan semalam di padang golf Empire Hotel and Country Club.

Pasukan duta asing diketuai oleh Doyen Kor Diplomatik, Tuan Yang Terutama (TYT) Chhay Sokhan, yang juga Duta Besar Kemboja ke Negara Brunei Darussalam.

Sementara itu, pasukan bekas duta Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman, juga merangkap bekas duta negara ke Perancis.

Keseluruhannya, 22 pemain golf mengambil bahagian dalam perlawanan itu, membabitkan lapan duta sekarang selain daripada Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri ,Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, juga bekas duta ke Indonesia serta Timbalan Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Dimuliakan Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, juga bekas Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Malaysia.Perlawanan dilangsungkan dalam keadaan penuh persahabatan bertujuan memantapkan lagi hubungan di antara para duta asing dan bekas duta-duta Negara Brunei Darussalam. TYT Cho Mun-Wyung, Duta Korea ke Brunei Darussalam uncul juara di kalangan diplomat yang bertanding.

Duta Besar Kemboja, TYT Chhay Sokhan bersama-sama Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi (kiri).
Duta Besar Kemboja, TYT Chhay Sokhan bersama-sama Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi (kiri).
Duta Korea ke Negara Brunei Darussalam, YTY Cho Mun-Wyung bersama-sama Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin (kanan).
Duta Korea ke Negara Brunei Darussalam, YTY Cho Mun-Wyung bersama-sama Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Badaruddin (kanan).