Golongan 25-29 tahun pilih membujang

Golongan 25-29 tahun pilih membujang

SINGAPURA, 11 Mac – Lebih ramai warga Singapura berusia pertengahan hingga lewat 20an memilih untuk membujang, dengan sebahagian besar lebih mementingkan kerjaya daripada berumahtangga, kata pakar.

Mereka membentuk 70 peratus dari kalangan mereka dalam golongan usia berkenaan tahun lalu, peningkatan amat ketara berbanding 50 peratus kira-kira 15 tahun lalu. Ini merupakan dapatan Tinjauan Umum Rumah Tangga.

Menurut seorang ahli Sosiologi dari Universiti Kebangsaan Singapura, Dr. Paulin Straughan, keputusan golongan ini untuk melewatkan perkahwinan telah menjejas kadar kesuburan negara dan lebih banyak perlu dilakukan untuk membantu golongan ini mencari pasangan di peringkat awal kehidupan mereka.

“Salah satu sebab keprihatinan kita ialah, jika seseorang wanita itu berumahtangga melepasi umur 25 hingga 29 tahun, adalah sukar untuknya hamil atau mempunyai keluarga yang besar,” kata beliau yang dipetik oleh akhbar The Straits Times hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA