Golongan pesakit turut diceriakan

Golongan pesakit turut diceriakan

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Ogos – Dengan hasrat untuk memeriahkan dan meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama golongan pesakit sasaran bagi Pusat Amal Cerah Sejahtera (PACS), pihak pengurusan dan pentadbiran Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mengadakan majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2015 di Pusat Amal Cerah Sejahtera, Kampung Subok, hari ini.

Majlis perayaan itu adalah khusus bagi pesakit kurang upaya terutama warga emas dan pesakit dalam keadaan tenat termasuk pesakit yang terlantar di rumah.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.

Turut hadir ialah timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua pengarah, pengarah-pengarah serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan dan ketua-ketua bahagian, Hospital RIPAS.

Majlis itu dihasratkan untuk menggalakkan para hadirin untuk beramah-mesra di antara satu sama yang lain dan juga memberikan peluang kepada mereka mengikuti pelbagai acara permainan yang berbentuk terapi.

Yang Berhormat Pehin turut bersalaman dengan salah seorang pesakit dan beramah mesra bersama para hadirin di majlis berkenaan.
Yang Berhormat Pehin turut bersalaman dengan salah seorang pesakit dan beramah mesra bersama para hadirin di majlis berkenaan.
Sebilangan warga Hospital RIPAS bersama para tetamu dan pesakit yang datang memeriahkan majlis berkenaan.
Sebilangan warga Hospital RIPAS bersama para tetamu dan pesakit yang datang memeriahkan majlis berkenaan.

Kegiatan-kegiatan yang dijalankan termasuk kegiatan terapi muzik yang mana melalui muzik, minda seseorang itu dapat menjadi lebih aktif termasuk mengingati kisah silam.

Selain daripada itu dalam beberapa kajian, kegiatan-kegiatan senaman dan permainan seperti teka-teki yang didapati berfaedah dalam meningkatkan daya ingatan.

Melalui majlis itu juga, kegiatan-kegiatan terapi bagi golongan sasaran PACS dapat diintegrasikan dalam majlis dengan harapan ia dapat meningkatkan kesedaran mengenai pelbagai kemahiran yang boleh dipergunakan dalam rawatan pesakit-pesakit berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA