Golovkin tumpaskan Lemieux

Golovkin tumpaskan Lemieux

NEW YORK, 18 Okt – Tiada drama besar kali ini bagi Gennady Golovkin. banyak tumbukan kencang ketika dia mendominasi gelaran pertarungan middleweight menentang David Lemieux.

Golovkin menguasai Lemieux sekitar gelanggang malam semalam di pentas besar di Madison Square Garden, melepaskan tumbukan-tumbukan sebelum pengadil campur tangan dan menghentikan pertarungan pada pusingan kelapan. Dia masih belum dikalahkan dalam 34 pertarungan, dan menghentikan pesaingnya bagi pertarungan ke-21 berturut-turut.

Bertarung di depan penonton 20,548 orang yang menyokong setiap pergerakannya, Golovkin seorang yang teratur ketika dia menjatuhkan Lemieux pada pusingan kelima, mengakibatkan hidungnya berdarah dan mendominasi hampir setiap saat pertarungan.

“Tujuan saya adalah tali pinggang divisyen middleweight,” kata Golovkin, sambil berkata sebelum pertarungan dia akan membawakan “Drama Persembahan Besar” ke Garden.

Lemieux berada di tali ketika menerima tumbukan demi tumbukan apabila Steve Willis akhirnya campur tangan pada minit 1:32 pusingan ke lapan untuk menamatkan pertarungan.

David Lemieux terjatuh akibat tumbukan Gennady Golovkin pada pertarungan kejuaraan middleweight WBA/WBC interim/IBF di Madison Square Garden pada 17 Oktober 2015 di New York. - AFP
David Lemieux terjatuh akibat tumbukan Gennady Golovkin pada pertarungan kejuaraan middleweight WBA/WBC interim/IBF di Madison Square Garden pada 17 Oktober 2015 di New York. – AFP

Ia adalah sesuatu yang menggembirakan bagi Golovkin, yang menguasai pertarungan tonton secara langganan pertamanya, dan mempamerkan yang terbaik ketika menewaskan Lemieux dengan tumbukan-tumbukan kencang.

“Saya memberitahu anda, ini adalah pertarungan yang penting,” kata Golovkin. “Saya memberikan peminat saya dan rakan persembahan besar. Terima kasih kepada peminat saya. Terima kasih pengikut saya.”

Dengan laungan “Triple G! Triple G!” Golovkin menunjukkan mengapa dia adalah petinju yang digeruni dalam divisyen heavyweight dengan satu lagi kemenangan menarik menentang pesaing yang seharusnya berada dalam kedudukan terbaik. Dia memenangi setiap pusingan dengan ketiga-tiga kad kutipan mata di luar gelanggang, yang melaungkan dalam pertarungan terbesarnya setakat ini.

Lemieux membawa gelaran seberat 160 pain ke dalam gelanggang, tetapi tiada tandingan bagi Golovkin, bekas bintang amatur dari Kazakhstan yang sekarang tinggal di Los Angeles. Lemieux bertarung dengan baik, tetapi tumbukannya liar dan dipaksa menerima tumbukan balas. – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA