Gomez cedera, pulih sembilan bulan

Gomez cedera, pulih sembilan bulan

LONDON, 14 Okt – Pemain pertahanan muda Liverpool Joe Gomez menderita kecederaan ligamen yang mungkin menyebabkan dia terpaksa menjalani pemulihan selama sehingga sembilan bulan, lapor media British semalam.

Gomez, yang menyertai Liverpool dari Charlton Athletic dalam musim tertutup, mengalami kecederaan ketika bermain untuk skuad bawah 21 tahun England menentang Kazakhstan pada Selasa lepas.

Pemain berusia 18 tahun itu membuat permulaan yang hebat dalam kariernya dengan Liverpool.

Gomez menjalani ujian pengimbas pada semalam dengan keputusan menunjukkan bahagian ligamen cedera teruk, lapor akhbar Liverpool Echo.

Pengurus baru Liverpool, Juergen Klopp bakal memanggil pemain bek kiri Alberto Moreno bagi perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada Sabtu ini. – Reuters

Joe Gomez (kiri) ketika beraksi di padang. – AFP
Joe Gomez (kiri) ketika beraksi di padang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA