Gomez julang golf Terbuka Sony

Gomez julang golf Terbuka Sony

LOS ANGELES, 18 Jan – Pemain golf Argentina, Fabian Gomez melakukan birdie pada lubang playoff kedua hari ini, sekali gus mengecewakan Brandt Snedeker untuk memenangi Terbuka Sony pada Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS) di Honolulu, Hawaii.

Kemenangan di Kelab Golf Waialea Country itu adalah gelaran kedua Jelajah PGA buat Gomez yang menamatkan pusingan terakhir dengan catatan 62 untuk keseluruhan 20 bawah par 260 yang mengheret permainan ke penentuan playoff.

Sebelum pusingan terakhir, Gomez, 37, begitupun ketinggalan satu pukulan di belakang pendahulu Snedeker dan Zac Blair lantas bangkit dengan melakukan tujuh birdie berturut-turut. – AFP

Fabian Gomez ketika menjulang piala Terbuka Sony itu. - Reuters
Fabian Gomez ketika menjulang piala Terbuka Sony itu. – Reuters