Gomez terlepas aksi bertemu Czech

Gomez terlepas aksi bertemu Czech

BERLIN, 5 Okt – Pemain penyerang Mario Gomez (gambar) tersisih daripada skuad Jerman bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Republik Czech dan Ireland Utara berikutan kecederaan, kata Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB), semalam.

Pemain berusia 31 tahun dan beraksi bersama kelab Wolfsburg itu berdepan kecederaan punggung dan tidak akan berkunjung ke Hamburg, lokasi di mana Jerman akan melayan kunjungan Republik Czech, Sabtu ini.

Juara dunia itu kemudian akan menghadapi Ireland Utara di Hanover pada Selasa. Jurulatih Jerman, Joachim Loew tidak merancang untuk mencari pengganti bagi Gomez, kata DFB.Gomez yang sudah meledak 29 gol dalam 68 penampilan bersama Jerman setakat ini gagal untuk menjaringkan gol sepanjang 450 minit dalam kempen Bundesliga Jerman sejak menyertai Wolfsburg dari kelab Itali, Fiorentina pada Ogos lalu dengan nilai sebanyak AS$7.8 juta.

Jerman ketika ini mengungguli Kumpulan C selepas satu perlawanan hasil kemenangan 3-0 ke atas Norway. Kumpulan C turut diisi Azerbaijan dan San Marino. – AFP