Gomez tinggalkan Besiktas

Gomez tinggalkan Besiktas

ISTANBUL, 21 Julai – Penyerang Jerman, Mario Gomez yang juga penjaring terbanyak Liga Super Turki musim lalu akan meninggalkan kelab Istanbul, Besiktas disebabkan situasi politik yang tidak menentu itu selepas cubaan rampasan kuasa.

Gomez yang turut beraksi membantu Jerman dalam kempen Euro 2016 di Perancis, baru setahun menyertai kelab gergasi Turki itu.

“Saya terpaksa memberitahu peminat Besiktas secara peribadi yang ini amat sukar bagi saya di mana saya tidak akan bermain lagi bersama kelab ini di hadapan kamu semua di stadium yang unik ini,” kata Gomez menerusi laman sosial Facebooknya.

“Ia adalah disebabkan oleh kejadian yang mengerikan yang berlaku sejak beberapa hari lalu. Saya berharap kamu dapat memahaminya,” katanya.

Gomez menjadi pemain bintang pertama meninggalkan Turki selepas cubaan rampasan kuasa itu gagal – situasi yang mencetus situasi cemas di Istanbul dan Ankara.

Gomez ketika beraksi dalam perlawanan Euro 2016 yang lalu antara Jerman dan Itali di Nouveau Stade, Perancis. Gomez  akan meninggalkan kelab Istanbul, Besiktas disebabkan situasi politik yang tidak menentu itu selepas cubaan rampasan kuasa. – AP
Gomez ketika beraksi dalam perlawanan Euro 2016 yang lalu antara Jerman dan Itali di Nouveau Stade, Perancis. Gomez akan meninggalkan kelab Istanbul, Besiktas disebabkan situasi politik yang tidak menentu itu selepas cubaan rampasan kuasa. – AP

Beberapa pemain ternama Eropah turut beraksi di Turki, antaranya penyerang Belanda, Robin van Persie bersama Fenerbahce dan penyerang Jerman, Lukas Podolski di Galatasaray.

Gomez dipinjamkan semusim penuh oleh Fiorentina, namun dia dijangka akan kekal dengan perpindahan penuh selepas membantu Besiktas menjuarai gelaran pertama Turki sejak 2009, pada musim lalu.

Dia pantas menjadi pemain paling digemari kelab itu selepas menjaringkan 26 gol, musim lalu ketika Besiktas berpindah ke stadium baru yang terletak di persisiran Bosphorus.

“Keputusan ini jelas disebabkan oleh situasi politik. Tidak ada sebarang alasan lain yang menyebabkan saya membuat keputusan ini,” kata Gomez. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA