Goni belasah Jepun

Goni belasah Jepun

TOKYO, 25 Ogos (Reuters) – Pihak berkuasa Jepun menasihati 280,000 orang supaya berpindah daripada rumah mereka tatkala taufan melanda selatan pulau Kyushu dan barat Jepun hari ini, membawa hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan lebih daripada 110 batu sejam.

Risiko runtuhan tanah mendorong pegawai di wilayah Yamaguchi mengeluarkan amaran, menurut penyiar awam NHK. Lebih daripada 20 orang cedera akibat taufan itu, dan beberapa penerbangan dan perkhidmatan kereta api ditangguhkan.

Agensi Kaji Cuaca Jepun berkata ia sedang bergerak ke utara, dan meramalkan hujan maksimum sebanyak 200mm sejam.

Tiang elektrik tumbang akibat angin kuat daripada Taufan Goni yang kelihatan di bandar Kamimine, wilayah Saga, Jepun. Pihak berkuasa Jepun menasihatkan 280,000 orang berpindah dari kediaman mereka di pulau selatan Kyushu dan barat Jepun hari ini ketika taufan itu menghentam pulau-pulau itu. – Reuters

Japan Airlines Co Ltd menggantung 110 penerbangan domestik dan ANA Holdings Inc membatal 78 penerbangan. Penerbangan antarabangsa tidak terjejas, kata syarikat penerbangan.

Agensi berita China Xinhua berkata ribut dijangka menjejas timur laut China pada akhir minggu, selepas mendarat berhampiran sempadan Rusia dan Korea Utara pada awal Khamis.

Ribut mungkin menjejas tanaman di tiga wilayah timur laut China di Liaoning, Jilin dan Heilongjiang, kata Xinhua, pangkalan penting pengeluaran kacang soya dan jagung.

ARTIKEL YANG SAMA