Gonzalez juara tinju 4 divisyen

Gonzalez juara tinju 4 divisyen

LOS ANGELES, 11 Sept – Roman Gonzalez yang belum pernah tewas memenangi gelaran super flyweight Majlis Tinju Dunia (WBC) dengan keputusan sebulat suara 12 pusingan ke atas juara yang belum pernah tewas sebelumnya, Carlos Cuadras semalam.

Gonzalez, 29, menjadi petinju pertama dari Nicaragua untuk memenangi gelaran dunia dalam empat divisyen berat, mengatasi wiranya dan mentor Alexis Arguello.

Gonzalez memperbaiki rekod 46-0 dengan memenangi pusingan dalam pertarungan yang menarik di antara kedua juara yang belum pernah dikalahkan di arena The Forum di Los Angeles.

“Ini adalah pertarungan paling sukar yang saya hadapi,” kata Gonzalez. “Ia sukar dan kami berada dalam kedudukan yang bagus.”

Cuadras dari Mexico membutkikan adalah pesaing yang sukar bagi Gonzalez, yang sebahagiannya menggambarkan sebagai petinju terbaik dunia.

Cuadras dilihat lebih segar dari keduanya dalam pusingan kedua ketika kedua petinju berbalas-balas tumbukan di tengah-tengah gelanggang sehingga loceng penamat.

Gonzalez ketika melepaskan tumbukan padu kepada lawannya. – AP
Gonzalez ketika melepaskan tumbukan padu kepada lawannya. – AP

Gonzalez, yang melangkah dalam kelas berat itu untuk bertarung merebut gelaran, memenangi kesemua catatan hakim dengan 117-111, 116-112 dan 115-113.

“Saya tidak pernah bertarung pada divisyen berat ini sebelum ini. Tetapi perkara penting adalah kami memenangi pertarungan,” katanya.

Cuadras, 28, mempertahankan gelaran tujuh kalinya sebelum tewas buat kali pertama dalam kerjaya profesionalnya. Rekodnya berada dalam 35-1-1.

Gonzalez boleh melihat kejayaannya kepada permulaan yang hebat ketika dia mendominasi pertarungan separuh masa pertama dengan serangan bertali arus disusuli dengan tumbukan yang bertubi-tubi.

Tetapi Cuadras membuktikan pesaing yang sukar, memberikan Gonzalez ujian yang paling sukar dalam kerjayanya selama 11 tahun.

Dia melepaskan beberapa tumbukan tepat, gabungan dan tumbukan kencang yang sukar ditepis oleh Gonzalez dalam pertarungan 12 pusingan.

Muka Gonzalez menunjukkan parut pertarungan, terutamanya di matanya yang bengkak. Dia berkata Cuadras melukakannya dengan beberapa tumbukan di kepala.

“Saya mendapatkan beberapa tumbukan di pili dan saya merasakannya,” katanya. “Saya selalu memikirkan mengenai keluarga saya, anak saya.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA